Wednesday, August 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H oleh Kelab ICT SPR

Pada 05 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat, Kelab ICt telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H di Bilik Mesyuarat Aras 4, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dihadiri oleh warga ICT SPR.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti bacaan dari surah Al-Quran oleh Saudara Mohd. Hafiz b. Saberan dan diterjemahkan oleh Saudara Mohd. Rafizam b. Mohamad. Disamping itu, sambutan ini diisi dengan penuh makna dan keberkatan dengan menjemput seorang penceramah bebas iaitu Y. Bhg. Ustaz Redza Ahmad dari JAKIM cawangan Putrajaya untuk memberi ceramah yang bertajuk "Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W sebagai Contoh Terbaik".

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan acara selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebagai acara penutup. Akhir kata, semoga ikatan ukhwah yang terjalin diantara ahli kelab dapat dikekalkan walaupun di mana kita berada. Salam Ukhwah dan Salam Satu Malaysia!

Encik Khairol Abd. Rahman sebgai Pengacara Majlis

Saudara Hafiz sedang membacakan aya-ayat suci Al-Quran, dan diterjemahkan oleh saudara Rafizam. Pegawai-pegawai ICT, SPR
Y. Bhg Uztaz Redza Ahmad sedang memberikan ceramah
Pengerusi Kelab ICT , Hjh. Rohaizan binti Husin
Bacaan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Puan Fatimah sedang khusyuk mendengar ceramah Pemberian saguhati sempena pertukaran En. Hapizu ke PPN Kleantan
Pemberian saguhati
Pemberian saguhati kepad Ustaz Redza sebelum acara menjamu selera, menjadi penutup majlis Sambutan Maulidur Rasul Kelab ICT SPR



Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment