Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 jam 11.00 pagi seramai 17 orang yang terdiri daripada ahli kelab ICT dan ahli keluarga mereka telah bertolak ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah Klang. Setelah sampai di rumah anak yatim tersebut, kami di sambut oleh Penyelia Rumah Anak Yatim tersebut.
Kemudian, penyelia tersebut memberikan taklimat kepada kami berhubung dengan rumah anak yatim Kelang. Selepas itu, ahli-ahli kelab dengan sukacitanya memberi sumbangan ikhlas kepada setiap anak-anak yatim yang terdapat di rumah anak yatim tersebut tidak lupa juga kepada penylia di mana sumbangan tersebut diberikan oleh En. Rafizam bin Mohamed.
Selepas majlis sumbangan selesai, semua anak-anak yatim dan ahli kelab menjamu selera pagi sambil beramah mesra. Setelah selesai beramah mesra, ahli-ahli kelab di bawa melawat sekitar kawasan rumah anak-anak yatim.
Ahli-ahli kelab dan anak-anak yatim menjamu jamuan tengah hari setelah penat berjalan melawat kawsan rumah anak-anak yatim. Kami pulang jam 1.30 petang.
Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Kelang
En. Rafizam memberi sumbangan kepada penyelia
Sesi pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim
kak sharol dengan gaya mak datin memberi sumbangan duit raya..tangan pakai lotion ni? wangi tak dik?
Banyak duit abang lokman bagi, jual kunci ker?
Abang Lokman telah dilantik sebagai pengawas kantin hari itu.
Kak Sabariah dan kak Siti memberi pandangan sebagai seorang ibu
Abang Hafiz : " Abang dulu 8 1/2 tahun duduk rumah anak yatim tau..betul tak tipu"
Abang Sipol : "Betul tu tak tipu"
Baju kami secocok kan? Abang lokman: "Apa masalahnya dik? cuba cerita?"
The great lady in ict club
En. Rafizam :"Dunia Dunia Dunia!"
Abang Hafiz : "Macam ni dik cara bacanya"
Janganla balik bang
Ibu Abang Sipol dan Kak Sabariah
Adik angkat Abang Sipol
Sekian