Tuesday, September 28, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.. dan Salam SejahteraAdalah dimaklumkan bahawa AJK KelabICT akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya & Perhimpunan Bulanan Kelab ICT.

Tarikh dan tempat adalah seperti berikut:


Tarikh : 01/10/2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Ruang Legar ICT
Pakaian Lelaki : Baju Melayu + Samping
Pakaian Perempuan: Baju Raya

p/s: Kepada ahli kelab yang ingin menyumbangkan makanan kuih muih, biskut raya dan sebagainya amatlah dialu-alukan..

Sekian, Harap Maklum

Biro Kebajikan Kelab ICT
SHIFUL NIZAM BIN ABDUL RAHMAN

Tuesday, August 17, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Klang

Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 jam 11.00 pagi seramai 17 orang yang terdiri daripada ahli kelab ICT dan ahli keluarga mereka telah bertolak ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah Klang. Setelah sampai di rumah anak yatim tersebut, kami di sambut oleh Penyelia Rumah Anak Yatim tersebut.
Kemudian, penyelia tersebut memberikan taklimat kepada kami berhubung dengan rumah anak yatim Kelang. Selepas itu, ahli-ahli kelab dengan sukacitanya memberi sumbangan ikhlas kepada setiap anak-anak yatim yang terdapat di rumah anak yatim tersebut tidak lupa juga kepada penylia di mana sumbangan tersebut diberikan oleh En. Rafizam bin Mohamed.
Selepas majlis sumbangan selesai, semua anak-anak yatim dan ahli kelab menjamu selera pagi sambil beramah mesra. Setelah selesai beramah mesra, ahli-ahli kelab di bawa melawat sekitar kawasan rumah anak-anak yatim.
Ahli-ahli kelab dan anak-anak yatim menjamu jamuan tengah hari setelah penat berjalan melawat kawsan rumah anak-anak yatim. Kami pulang jam 1.30 petang.

Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Kelang

En. Rafizam memberi sumbangan kepada penyelia
Sesi pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim
kak sharol dengan gaya mak datin memberi sumbangan duit raya..tangan pakai lotion ni? wangi tak dik?

Banyak duit abang lokman bagi, jual kunci ker?

Abang Lokman telah dilantik sebagai pengawas kantin hari itu.

Kak Sabariah dan kak Siti memberi pandangan sebagai seorang ibu

Abang Hafiz : " Abang dulu 8 1/2 tahun duduk rumah anak yatim tau..betul tak tipu"

Abang Sipol : "Betul tu tak tipu"

Baju kami secocok kan? Abang lokman: "Apa masalahnya dik? cuba cerita?"

The great lady in ict club

En. Rafizam :"Dunia Dunia Dunia!"

Abang Hafiz : "Macam ni dik cara bacanya"

Janganla balik bang

Ibu Abang Sipol dan Kak Sabariah

Adik angkat Abang Sipol
Sekian

Thursday, August 5, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Kelang

Assalamualaikum w.b.t,

Lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim Al-Khairiah, Kelang akan diadakan pada 7 Ogos 2010, Sabtu ini. Kepada ahli kelab yang berminat untuk turut serta sila beri nama pada Saudara Shiful selewat-lewatnya hari ini.

Akiviti beramah mesra bersama anak-anak yatim dan sedikit jamuan akan diadakan pada hari tersebut. Semoga dengan lawatan ini, akan memberi sedikit keceriaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Inilah rumah anak-anak yatim al-khairiah. Rumah anak yatim ini adalah persendirian dan keadaannya tidaklah semewah rumah anak yatim yang lain.
Gambar ini diambil semasa tinjauan lokasi rumah anak-anak yatim.

Sekian.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah

06 Ogos 2010, jam 9.00 pagi

Majlis dipengerusikan oleh Saudara Rafizi bin Razali diikuti bacaan doa daripada Saudara Hafiz bin Saberan. Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil dengan dipimpin oleh Ustaz USTAZ HUZAIFAH BIN JALAL ASNAWI daripada Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin.

Setelah selesai bacaan Yassin dan Tahlil, sedikit ucapan diberikan oleh Saudara Rafizam bin Mohamed sebagai wakil Kelab ICT SPR. Majlis diakhiri dengan pemberian saguhati, sumbangan dan hadiah.

Amboi-amboi bukan senang nak tengok En.Khairol menyediakan juadah nie... (sehari sebelum majlis)
Khusyuk dan takjub sekali Pn. Nurul dan En Shiful melihat Chef terkemuka ICT SPR menyediakan juadah untuk majlis esok
Ewah-ewah cik liza, belajar memasak ke?
Sedondonnya apis dan kak zie.. ewahh
Ustaz Huzaifah sedang khusyuk mendengar pengucapan MC kita
En. Rafizam dan gaya YB nya
Cewah-cewah kak Timah, ayu gitu..
barisan parajurit ICT SPR, manis-manis belaka..
Pemberian saguhati kepada Pn. Najwa, salah seorang penerima sumbangan
Bakal YB untuk Pilihan Raya akan datang..
Sungguh enak..
Kuih muih tidak dilupakan
Sedap sungguh
Kak siti berposing bersama buah Oren
Bos menyenduk kuah kacang sambil tersenyum simpul..ewah ewah bos..
Tahniah diucapkan kerana majlis berjalan dengan lancar dan teratur!

Sekian

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah

KELAB ICT SPR AKAN MENGANJURKAN :

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL ARWAH
PADA 6 OGOS 2010 bersamaan
25 SYA'ABAN 1431 HIJRAH (JUMAAT)

Bacaan Yassin diketuai oleh :

USTAZ HUZAIFAH BIN JALAL ASNAWI
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
MASJID TUANKU MIZAN


Semua Warga Kelab ICT SPR adalah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.



Wednesday, August 4, 2010

Tahniah di atas Perkahwinan

Pn. Tini Sazreena bt. Ali dan pasangan En. Mohd. Hafiz b. Abdul Majid
pada 25 Jun 2010, Jumaat
Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat


Pn. Yusnita bt. Abidin dan pasangan Encik Amir b. Husin
pada 03 April 2010, Sabtu
Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat

Tahniah diucapkan!

Tahniah Kelahiran Cahaya Mata

Puan Nurulfaiza bt. Mad Yusuf PSU (APL) 3
Telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 19 Mac 2010.
Semoga sihat dan ceria selalu.

Nama anak : Nur Yasmin Liyana Bt. Zaiful Bahri


Puan Najwa Bt. Amat PT (P/O)
Telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 01 Mei 2010.
Semoga sihat dan ceria selalu.

Nama anak : Muhammad Idlan Najwan B Idris


Tahniah!

Sambutan Maulidur Rasul 1431H oleh Kelab ICT SPR

Pada 05 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat, Kelab ICt telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H di Bilik Mesyuarat Aras 4, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dihadiri oleh warga ICT SPR.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti bacaan dari surah Al-Quran oleh Saudara Mohd. Hafiz b. Saberan dan diterjemahkan oleh Saudara Mohd. Rafizam b. Mohamad. Disamping itu, sambutan ini diisi dengan penuh makna dan keberkatan dengan menjemput seorang penceramah bebas iaitu Y. Bhg. Ustaz Redza Ahmad dari JAKIM cawangan Putrajaya untuk memberi ceramah yang bertajuk "Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W sebagai Contoh Terbaik".

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan acara selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebagai acara penutup. Akhir kata, semoga ikatan ukhwah yang terjalin diantara ahli kelab dapat dikekalkan walaupun di mana kita berada. Salam Ukhwah dan Salam Satu Malaysia!

Encik Khairol Abd. Rahman sebgai Pengacara Majlis

Saudara Hafiz sedang membacakan aya-ayat suci Al-Quran, dan diterjemahkan oleh saudara Rafizam. Pegawai-pegawai ICT, SPR
Y. Bhg Uztaz Redza Ahmad sedang memberikan ceramah
Pengerusi Kelab ICT , Hjh. Rohaizan binti Husin
Bacaan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Puan Fatimah sedang khusyuk mendengar ceramah Pemberian saguhati sempena pertukaran En. Hapizu ke PPN Kleantan
Pemberian saguhati
Pemberian saguhati kepad Ustaz Redza sebelum acara menjamu selera, menjadi penutup majlis Sambutan Maulidur Rasul Kelab ICT SPR



Sekian wassalam.