Wednesday, January 5, 2011

Majlis Perpisahan dan Majlis Perhimpunan Bulanan Kelab ICT

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa KelabICT akan mengadakan :

Majlis Perpisahan & Majlis Perhimpunan Bulanan Kelab ICT

Tarikh dan tempat adalah seperti berikut:

Tarikh : 07/01/2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Ruang Legar ICT

p/s: Kepada ahli kelab yang ingin menyumbangkan makanan, kuih muih dan sebagainya bolehlah memaklumkan perkara tersebut kepada ketua kumpulan Bunga Raya (Pn. Fatimah Binti Omar)

Sekaian,
Harap MaklumBiro Kebajikan Kelab ICT
SHIFUL NIZAM BIN ABDUL RAHMAN

Majlis Khatam Al-Quran

Salam,
Satu Majlis Khatam Al-Quran telah pun diadakan. Majlis berjalan dengan baik dan lancar. Jom kita zoom gambar sekitar majlis.

Sekian

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya 2010

Salam,
Sambutan Hari Raya 2010 berjalan dengan meriah sekali. Jom kita tengok gambar-gambar dan gelagat masing-masing sekitar Majlis.




Sekian

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.. dan Salam SejahteraAdalah dimaklumkan bahawa AJK KelabICT akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya & Perhimpunan Bulanan Kelab ICT.

Tarikh dan tempat adalah seperti berikut:


Tarikh : 01/10/2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Ruang Legar ICT
Pakaian Lelaki : Baju Melayu + Samping
Pakaian Perempuan: Baju Raya

p/s: Kepada ahli kelab yang ingin menyumbangkan makanan kuih muih, biskut raya dan sebagainya amatlah dialu-alukan..

Sekian, Harap Maklum

Biro Kebajikan Kelab ICT
SHIFUL NIZAM BIN ABDUL RAHMAN

Tuesday, August 17, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Klang

Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 jam 11.00 pagi seramai 17 orang yang terdiri daripada ahli kelab ICT dan ahli keluarga mereka telah bertolak ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah Klang. Setelah sampai di rumah anak yatim tersebut, kami di sambut oleh Penyelia Rumah Anak Yatim tersebut.
Kemudian, penyelia tersebut memberikan taklimat kepada kami berhubung dengan rumah anak yatim Kelang. Selepas itu, ahli-ahli kelab dengan sukacitanya memberi sumbangan ikhlas kepada setiap anak-anak yatim yang terdapat di rumah anak yatim tersebut tidak lupa juga kepada penylia di mana sumbangan tersebut diberikan oleh En. Rafizam bin Mohamed.
Selepas majlis sumbangan selesai, semua anak-anak yatim dan ahli kelab menjamu selera pagi sambil beramah mesra. Setelah selesai beramah mesra, ahli-ahli kelab di bawa melawat sekitar kawasan rumah anak-anak yatim.
Ahli-ahli kelab dan anak-anak yatim menjamu jamuan tengah hari setelah penat berjalan melawat kawsan rumah anak-anak yatim. Kami pulang jam 1.30 petang.

Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Kelang

En. Rafizam memberi sumbangan kepada penyelia
Sesi pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim
kak sharol dengan gaya mak datin memberi sumbangan duit raya..tangan pakai lotion ni? wangi tak dik?

Banyak duit abang lokman bagi, jual kunci ker?

Abang Lokman telah dilantik sebagai pengawas kantin hari itu.

Kak Sabariah dan kak Siti memberi pandangan sebagai seorang ibu

Abang Hafiz : " Abang dulu 8 1/2 tahun duduk rumah anak yatim tau..betul tak tipu"

Abang Sipol : "Betul tu tak tipu"

Baju kami secocok kan? Abang lokman: "Apa masalahnya dik? cuba cerita?"

The great lady in ict club

En. Rafizam :"Dunia Dunia Dunia!"

Abang Hafiz : "Macam ni dik cara bacanya"

Janganla balik bang

Ibu Abang Sipol dan Kak Sabariah

Adik angkat Abang Sipol
Sekian

Thursday, August 5, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Kelang

Assalamualaikum w.b.t,

Lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim Al-Khairiah, Kelang akan diadakan pada 7 Ogos 2010, Sabtu ini. Kepada ahli kelab yang berminat untuk turut serta sila beri nama pada Saudara Shiful selewat-lewatnya hari ini.

Akiviti beramah mesra bersama anak-anak yatim dan sedikit jamuan akan diadakan pada hari tersebut. Semoga dengan lawatan ini, akan memberi sedikit keceriaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Inilah rumah anak-anak yatim al-khairiah. Rumah anak yatim ini adalah persendirian dan keadaannya tidaklah semewah rumah anak yatim yang lain.
Gambar ini diambil semasa tinjauan lokasi rumah anak-anak yatim.

Sekian.